erm... apa ada dengan 23 ek??? hehe tahun ni dalam beberapa bulan tak lama lagi aku akan berusia genap 23 tahun... erm... aku tak pasti... knapa tiba2 terlintas di fikiran aku mengenai 23..
boleh dikatakan majoriti kawan baik aku di waktu sekolah dan di universiti menamatkan waktu bujang diaorang tahun ni...
adoi.. lepas sorang-sorang jemput pergi jemputan bertunang dan majlis perkahwinan mereka... sebenarnya its not a big deal.. tapi yelah kan dah mereka dah bersedia nak pikul tanggungjawab dan mungkin mereka rasa mereka mampu menempuhinya memang tak salah...
tapi aku??? huhu aku tak bersedia untuk mendirikan rumahtangga pada usia sebegini... aku benar2 belum bersedia.. yelah perkahwinan tu tanggungjawab, kita bukannya mendirikan rumah tangga hanya sebab kita cintakan orang tu...
bagi aku 23 tahun itu terlalu awal... masih banyak benda yang aku ingin capai terlebih dahulu... berkerja... puaskan hati ibu bapa kita yang dah berpenat lelah menyara kita sampailah kita berjaya memiliki ijazah... dengan adik yang masih belajar...
banyak benda yang harus dipertimbangkan sebenarnya... erm... jadi berfikirlah masak2 sebelum anda mengambil keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan... sebab kita nak kahwin hanya sekali seumur hidup...
p/s kepada bff aku yang dah mendirikan rumah tangga aku ucapkan tahniah dan semoga kekal hingga ke akhir hayat :D
No comments:
Post a Comment