About Me

My photo
There is nothing special about me, Im just a little star, If u try to reach out and touch me, You'll see that I'm not really that far, Oh I may not be the brightest, Nor am I the last one you see, But as long as you notice, Thats just fine with me..

Monday, February 8, 2010

Thanks to everyone..

Hi everyone... just want to 

THANK YOU ALL

because I am notice that the number of my profile is increase rapidly (eventhough 200 times) but to me its a big number rather that last year its was only 80 viewers. and beside that the number of my follower also increasing..
Thanks you so much :D

With a big heart
Ena Aainaa



Friday, February 5, 2010

J.A.N.D.A

Wah... tajuk je dah kontroversi kan... Huhu... nothing much actually... Tujuan utama post ni bukan lah hendak mengutuk atau menjatuhkan sesiapa.. hanya topik umum...

Aku tak tahu kenapa tetiba aku terasa nak update blog ngan post ni.. maybe sebab dua-tiga hari kebelakangan ni, telinga aku asyik dihiburkan dengan perkataan JANDA...

Aku terasa macam tidak adil pada mereka, rasa ketidakpuasan ini merebak berikutan aku tersembang dengan saudara aku 2-3 ari yang lalu... Saudara aku bercerita, ada seorang pengurus baru di tempat kerjanya dan agak rapat dengannya, pada satu hari waktu mereka minum kopi bersama-sama, pengurus terbabit memberikannya satu tugas khas yang tak relevan dengan kerja mereka.

Pengurus: Awang aku bosan ah duk sini sorang, mu takdok kawan yang single ke?
Awang: Bakpe bos tanya gitu?
Pengurus: Ginilah kalau duduk seorang diri ditempat orang, u will feel lonely. i know i can count on u.. Mu Takyah ah cari anak dara, cari yang Janda cukup lah...

Ini lah penyebab utama yang buat aku sangat2 emosional, aku tak tahu ah kenapa dengan lelaki itu, ayat dia je dah cukup mengukuhkan apa pandangan mereka pada seorang janda, janda bukan golongan yang hanya layak diberikan perhatian apabila mereka diperlukan untuk melayan kehendak lelaki yang tidak reti bersyukur dan lupa pada pegangan agama.

Tidak semestinya apabila seseorang itu bergelar janda, mereka tegolong dalam golongan yang dahagakan kasih sayang, golongan yang murah yang akan melayan mana-mana lelaki yang muncul di depan mata. Itu nyata sama sekali tidak benar, bukan mereka minta untuk mendapat gelaran tersebut. Semua ini adalah ketentuan tuhan. Tetapi apabila seseorang itu bergelar janda, itu tidak bermakna mereka lemah.

Banyak ibu-ibu tunggal yang berjaya menjadi ketua keluarga, berjaya menyara anak-anak hingga ke menara gading. Ini terbukti, kerana telah banyak persatuan-persatuan bagi ibu tunggal di Malaysia yang melibatkan diri dalam pertanian, perniagaan dan perushaan kecil-kecilan dalam bidang kerepek, atau kraftangan.

Oleh itu, kita hendaklah hormat kepada orang di sekeliling kita, lebih-lebih lagi pada mereka yang tergolong dalam golongan yang lemah dan bukannya dengan mengambil kesempatan ke atas mereka.

Monday, February 1, 2010

Semangat!!!

Setiap kali tengok kawan2 update blog diaorang dengan post2 baru, hati ni selalu terdetik.. asal aku tak rajin macam mereka??? erm... bukanya tak rajin.. cuma aku tak macam mereka, aku tak reti nak mengarang macam mereka.. setiap post yang mereka post sangat sweet and menarik dan buat aku teruja untuk scroll mouse sampai habis satu blog mereka aku teroka. Terutamanya thing that related to things that i luv most..

CRAFT!!

Hehe setiap kali aku baca post kawan2 yang I FOLLOW (bak ayat motto radio sinar kalau tak silap) aku mesti terfikir, macamana kita nak buat orang berminat untuk baca post2 kita.. Adakah kita perlu guna tulisan yang menarik atau simple? menggunakan tajuk yang boombastik??? atau bercerita mengenai gosip-gosip semasa, atau mengumpat hehe atau something that mempunyai kategori2 tersendiri seperti perniagaan online, kraf, information about disease or anything else ATAU attach a lot of link kat blog untuk dapat pendapatan sekelip masa.

Tapi, masing2 mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan post mereka. Kerana apa yang kita post hendaklah ikhlas dan bukannya nak meniru atau terikut2 cara blogger lain. Each person got their own way..

Monday, January 11, 2010

Colek... Bukan Culik...

Hehehe pasti ramai yang tertanya2 colek tu sejenis perbuatan ke atau ejaan bagi culik yang telah dimodenkan kepada ejaan SMS anak mudi zaman sekarang... heheh no lah.. Makan colek tu satu aktiviti di mana kita makan buahan seperti mangga muda (nyum2 meleleh air liur sambil menaiP) heheh, jambu, sekuang dengan sos khas yang dibuat dengan menggunakan kicap, gula, lada, dan secret weapon belacan... nyum... nyum...

Kalo kat setengah tempat macam Johor, diaorang panggil makan cicah dan bagi orang jawa pulak diaorang panggil makan apa ntah.. isk2 lupa plak.... Nanti aku update balik.. kita K.I.V dulu k... Im Sorry :P

Sebut pasal colek ni... aku teringat zaman aku sekolah menengah dulu... setiap kali musim buah mesti aku ngan geng-geng karib waktu sekolah menengah akan berpakat untuk buat parti colek setiap kali waktu rehat... memang gila ah...

Most of the time aku incharge bawa mempelam sebab kat rumah aku banyak pokok mempelam, yang lain akan bawa nenas, sekuang china, jambu batu dan kawan aku yang kitaorang panggil kakak incharge bawa sos colek... pergh sos colek yang kakak bawa terbaik dari ladang... cuba korang bayangkan sos dalam bekas sebesar2 bekas aiskrim yang bulat tu kitaorang berenam boleh habiskan...

Buah-buahan yang dibawa tu sememangnya HARUS+WAJIB dipotong di rumah kerana membawa pisau ke sekolah boleh membahayakan kesihatan.. ingat tu adik2 yang masih bersekolah yer... hehe

Sambung cerita balik pasal makan colek tadi... setiap kali musim buah memang tulah rutin kitaorang berenam, tak cukup wat parti colek kat sekolah, kitaorang boleh plak sambung buat kat umah sesapa pulak di waktu petang after school...

Setiap kali makan colek kat sekolah memang tak pernah puas, mana tak nya tengah syok2 makan loceng pun berbunyi.. memang potong stim... tapi yang tak boleh dilupakan pengalaman paling manis bila makan colek kat sekolah ialah mesti lepas rehat kitaorang berenam bergilir2 pergi ke toilet sebab sakit perut...

Hehehe bila teringat balik zaman2 tu , seronok sangat :D

Saturday, January 9, 2010

2010

ITS STILL NOT LATE TO WISH U ALL

HAPPY NEW YEAR!!!

Nothing much to say actually... but now we are in 2010...

leave all of the past and start with new and healthy life style...

Urm what new about me???

looking for a job
trying to a be a good daughter and a good muslimah

that all... nothing much to ask...
amin....