Pada bulan November yang lalu saya telah menjalankan latihan pratikal selama sebulan? hehe mengapa hanya sebulan? jangan tanya saya.. saya sendiri masih tertanya2 kenapa hanya satu bulan masa yang diperuntukkan..
sememangnya walaupun jangka masa yang diberikan adalah amat pendek.. ia sedikit sebanyak telah memberi banyak pengalaman dan ilmu yang baru kepada saya.. yelah.. saya diberi gambaran sebenar bagaimana kehidupan di tempat kerja.. diberi tugas2 yang banyak dalam satu masa... bagaimana hendak mengurus masa..
ia ternyata jauh berbeza dengan alam persekolahan atau pembelajaran kita di kampus.. ternyata stiap pengalaman, ada suka duka yang akan kita kenang...
sepanjang menjalankan praktikal di sana.. saya amat seronok dan banyak perubahan yang berlaku pada diri saya.. saya mula bangun awal bagi memastikan saya sampai awal ke tempat kerja.. selain itu, saya mula mempunyai keyakinan diri yang tinggi.. yelah... saya sebenarnya seorang yang takut untuk bersuara dan menonjolkan diri.. tapi selepas praktikal, perasaan itu mula pudar... jadi saya amat berbangga dengan perubahan positif yang telah berlaku...
cuma yang paling mengecewakan adalah tempoh masa yang diperuntukkan.. bagi saya itu adalah satu kerugian.. bukan kerana dapat mengelak diri dari kuliah, tetapi kerana jika masa yang diberikan lebih panjang, lebih banyak ilmu yang dipelajari dapat diadaptasikan sepanjang tempoh pratikal tersebut..
No comments:
Post a Comment