About Me

My photo
There is nothing special about me, Im just a little star, If u try to reach out and touch me, You'll see that I'm not really that far, Oh I may not be the brightest, Nor am I the last one you see, But as long as you notice, Thats just fine with me..

Saturday, December 26, 2009

Jangan Lupa Lirik!!!


Hehehe nothing much to say actually.. but what im going to share with you all is about something that related to my 1st experience ever of karaoke... i know semua mesti ketawa terkekeh2 ... hehe yeah honestly this is the fisrt year ever in my life aku karaoke... well im not a loser,,,, but what can i say i dont like to hear my voice through the speaker... Its AWFUL DUDE!!! :P

By the way thanks to Aini(MY BFF) and Helmi(one of Aini Bff at kepong) sebab memberikan pengalaman yang mungkin aku takkkan lupa iaitu karaoke... hehehe i still remember mimik muka Helmi n Aini waktu dengar aku karaoke, cam orang tahan sakit keh2... mesti semua leh imagine kan betapa teruk nya my voice yang lunak berkrim disukai ramai ni... Aini leh plak kata kat aku "ko bukan nyanyi aina, tapi ko bersyair" hehe

Heheh aku layan dua lagu je sebab yer ah suara lunak... takleh show off sangat hehhe :p lagu pembuka adalah lagu Teman Tapi Mesra and penutup aku layan my most favorite song, Im with You... hehe bila bercerita pasal lagu ni its remind me about the old me... waktu aku giler dengar lagu ni aku rasa aku form 4 during dat time n guess what sekarang aku akan masuk 24 tahun dalam beberapa hari lagi menjelang new year... fuhhhhhhh 8tahun... lama giler....

Aku memang minat giler dengan Avril, Shes rock dude!!!

Monday, November 16, 2009

Alergi Sepi Alergi Keladi :P

Aku pinta kepada mu..
Maafkanlah kesilapan ku..
Lalalalalalla

STOP!!!!!


hehehe actually post kali ni agak berhubungkait dengan tajuk lagu ni... Aku bukannya alergik pada sepi tapi alergi pada KELADI...
OMG!! :P

Hehehe rentetan aku potong keladi tak kena pada caranya, abih smua keladi yang patut nya jadi santapan aku sekeluarga tempoh hari terpaksa disuap ke dalam mulut tong sampah... hehe yer ah, ingatkan keladi boleh potong macam tu je.. Rupanya ada caranya untuk avoid dari keladi tu gatal...

Nampak sangat tak pernah duduk dapur... so embarassing, tapi takpe bak kata abah aku setiap kali dia jadi juri bagi masakan aku "we learn from mistake, lama2 pandai ah tu"... Hope so...

Sambung cerita pasal keladi tadi balik, kes aku makan keladi rebus tu, abih lelangit aku naik biji2 kecil... so sad... jadi lelangit rasa mengurutu je during dat time,,,

So pengajarannya di sini, kalau nak potong keladi, biar kena pada caranya... :)

Saturday, November 7, 2009

Sehati Berdansa... :P

Hehehe sehati berdansa?? apa kaitan sehati berdansa dengan post aku kali ni? sebenarnya takde kaitan pun... saja wat gimik.. sebab semua orang memang sukakan gimik... sekejap je kan.. dan masuk bulan NOvember.. dan yer bulan ni adalah bulan kelahiran aku... aku bersyukur sangat kerana tuhan memanjangkan umur aku sehingga 23thn dan berharap kalau boleh lagi panjang ah hayat umur aku ni heheh amin...

dah lama tak update blog ni.. kesian lak blog aku ni.. dah ah takde pengunjung... tukang view pun takde... heheh so apa aku nak share hari ni.. huhu harini aku belajar sumtim new dalam hidup aku which is pecah ah rekod aku... maybe pada orang lain its sound silly tapi to me it is not.. sebab saya budak baru belajar...

harini first time aku blajo siang keladi huhu.. sangat memalukan kerana aku ingat kan keladi tu main potong macamtu je.. rupanya kulit dia kna buang jugak.. isk2 agak complicated... wat malu je...patut ah ibu aku kecoh2 kat dapo manggil nama aku.. rupanya aku tak buang kulit...

tu pengajaran.. walau tinggi mana pun kita belajar or kerja kita kena pandai duk dapur....

Friday, August 28, 2009

Apa ada dengan "23"???


erm... apa ada dengan 23 ek??? hehe tahun ni dalam beberapa bulan tak lama lagi aku akan berusia genap 23 tahun... erm... aku tak pasti... knapa tiba2 terlintas di fikiran aku mengenai 23..

boleh dikatakan majoriti kawan baik aku di waktu sekolah dan di universiti menamatkan waktu bujang diaorang tahun ni...

adoi.. lepas sorang-sorang jemput pergi jemputan bertunang dan majlis perkahwinan mereka... sebenarnya its not a big deal.. tapi yelah kan dah mereka dah bersedia nak pikul tanggungjawab dan mungkin mereka rasa mereka mampu menempuhinya memang tak salah...

tapi aku??? huhu aku tak bersedia untuk mendirikan rumahtangga pada usia sebegini... aku benar2 belum bersedia.. yelah perkahwinan tu tanggungjawab, kita bukannya mendirikan rumah tangga hanya sebab kita cintakan orang tu...

bagi aku 23 tahun itu terlalu awal... masih banyak benda yang aku ingin capai terlebih dahulu... berkerja... puaskan hati ibu bapa kita yang dah berpenat lelah menyara kita sampailah kita berjaya memiliki ijazah... dengan adik yang masih belajar...

banyak benda yang harus dipertimbangkan sebenarnya... erm... jadi berfikirlah masak2 sebelum anda mengambil keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan... sebab kita nak kahwin hanya sekali seumur hidup...

p/s kepada bff aku yang dah mendirikan rumah tangga aku ucapkan tahniah dan semoga kekal hingga ke akhir hayat :D

Friday, June 12, 2009

Saya tak sengaja :( :p


Hehe kelakar sangat bila teringat waktu kali pertama puasa sepanjang 3minggu berada di kl.. waktu tu ayah saudara aku datang melawat kami (makcik aku n anak dia) kat sini.. kebetulan waktu tu kami puasa... lepas bapak saudara aku sampai, mula2 kami pergi shopping barang dapur dulu untuk seminggu.

mula2 kami berangan nak makan kat KFC tapi disebabkan malam tu pakcik aku ada event yang perlu dia hadiri, kami batalkan niat nak ajak dia ke sana dan ajak pakcik aku balik.. tapi dia tetap bertegas nak kami makan dulu.. so kami makan ah western food di kedai yang berhampiran. Aku pesan air jus lobak merah.. tak lama lepas tu pesanan kami sampai. Aku dan adik spupu aku apa lagi terus menghirup air kami dengan satu nafas. siap je hirup, kedengaran azan berkemundang.. pakcik aku pun bising ah "baru azan ah"..

keh2 apa lagi malu ah kami kes lupa yang kami berpuasa hari tu.. :P

Saturday, January 31, 2009

Sepanjang CNY















Anonymous....

huhu dah lama tak update blog... tatau apa yg nak dikongsi....sempena cuti chinese new year... a lot of fun thing happen... terutamanya family gathering... Saya suka.... yer ah bukan senang nak jumpa.. dlu most of us smua duk dungun je, skrg merata satu dia...
so susah gler nak berjumpa...

erm tu ah kan.. a lots of fun, sad thing happen during cuti seminggu ni.. and this is the first time bla bercuti panjang, kami the whole day tak berjalan.. yer ah one of my adik praktikal, so dia just cti dua ari je...

tapi tu ah kan skrg saya dah tahu kenapa we need to capture every moment yg kita go thourgh sbb those thing will give a good memory di kemudian hari...

heheh itu je lah... mengantuk...

Friday, January 9, 2009

Dungun





Internship...

Pada bulan November yang lalu saya telah menjalankan latihan pratikal selama sebulan? hehe mengapa hanya sebulan? jangan tanya saya..  saya sendiri masih tertanya2 kenapa hanya satu bulan masa yang diperuntukkan..

sememangnya walaupun jangka masa yang diberikan adalah amat pendek.. ia sedikit sebanyak telah memberi banyak pengalaman dan ilmu yang baru kepada saya.. yelah.. saya diberi gambaran sebenar bagaimana kehidupan di tempat kerja.. diberi tugas2 yang banyak dalam satu masa... bagaimana hendak mengurus masa..

ia ternyata jauh berbeza dengan alam persekolahan atau pembelajaran kita di kampus.. ternyata stiap pengalaman, ada suka duka yang akan kita kenang... 

sepanjang menjalankan praktikal di sana.. saya amat seronok dan banyak perubahan yang berlaku pada diri saya.. saya mula bangun awal bagi memastikan saya sampai awal ke tempat kerja.. selain itu, saya mula mempunyai keyakinan diri yang tinggi.. yelah... saya sebenarnya seorang yang takut untuk bersuara dan menonjolkan diri.. tapi selepas praktikal, perasaan itu mula pudar... jadi saya amat berbangga dengan perubahan positif yang telah berlaku...

cuma yang paling mengecewakan adalah tempoh masa yang diperuntukkan.. bagi saya itu adalah satu kerugian.. bukan kerana dapat mengelak diri dari kuliah, tetapi kerana jika masa yang diberikan lebih panjang, lebih banyak ilmu yang dipelajari dapat diadaptasikan sepanjang tempoh pratikal tersebut..

Friday, January 2, 2009

2009!!!

erm nak tahu tak saya lgsung tak terasa bahang tahun baru...
maybe disebabkan banyak sangat mende yg nak dipikirkan... saya terlupa mengenai tahun baru...

selama ni saya tak pernah ada azam stiap kali msuk tahun bru... tu ah tkde wawasan kot saya ni.. hehe but never mind.. tahun baru ni saya nk ubah persepsi saya...

tahun ni saya berazam and berdoa agar saya diberikan kesihatan untuk mengahrungi hidup ni and also saya nak memperbaiki diri untuk menjadi sesorang yang lebih baik..

saya dah takleh main2 macam dlu... mulai arini sy kna ubah sikap sy yg quite childish tu...
saya akan cuba buang semua perangai yang tak elok.. insyallah...

saya pun berharap kamu smua pun begitu :D